Thursday, 11 August 2011

UMP Lancar ICT Business Centre Tingkat Pengetahuan IT


Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim semalam  melancarkan ICT Business Centre sebagai usaha meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk masyarakat setempat.
Dengan penubuhan pusat ini UMP akan terus memacu kecemerlangan universiti  dalam bidang teknologi maklumat sebagai salah satu inisiatif UMP untuk meletakkan  universiti ini di persada antarabangsa.
Dato’ Daing berkata, penubuhan ICT Business Centre ini akan  mengkomersialkan produk dan perkhidmatan ICT termasuk semua sumber yang ada di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dan Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP).
Selain itu, pusat ini akan dapat melaksanakan pencapaian Pelan Strategik UMP dalam merangka  bidang keberhasilan utama universiti bagi menjana kelestarian  kewangan.
“UMP mempunyai tenaga pakar IT berpengalaman lebih 10 tahun dan usaha  ini    membolehkannya berkongsi ilmu dan kemahiran dengan organisasi lain khususnya institusi pendidikan dalam dan luar Negara,”
“Sumber ICT ini termasuk pelbagai jenis server, jaringan (network), CCTV dan pelbagai peralatan IT yang terdapat di UMP,” katanya semasa merasmikan majlis pembukaan ICT Business Centre di Dewan Astaka, UMP.
Beliau juga mengharapkan penubuhan pusat ini akan merealisasikan  hasrat universiti bagi   menjana pendapatan universiti selaras dengan Pelan Stategik UMP 2011-2015.
Di antara perkhimatan yang ditawarkan termasuklah  khidmat konsultansi dan produk ICT kepada organisasi luar melibatkan IPT, pusat latihan dan jabatan kerajaan serta menjayakan konsep ‘outsourcing’ yang diperkenalkan Kerajaan.
Manakala menurut Pengarah Urusan ICT Business Centre, Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd berkata, penubuhan pusat ini pastinya  bukan sahaja memberi manfaat kepada staf di jabatan PTMK  malah melibatkan semua  warga universiti.
Secara tidak langsung ianya akan mewujudkan budaya kerja korporat kepada staf PTMK dan dapat melahirkan lebih ramai perunding mengikut  kepakaran pensyarah yang ada di universiti.
Katanya, pelajar juga turut mendapat manfaat dengan memberi peluang untuk menjalani latihan industri dan sama-sama terlibat dalam memasarkan produk ICT.
Hadir sama Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,  Professor Dr. Abdul Jalil Borham, Dekan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Prof. Dr. Jailani Salihon dan  Pengarah Urusan UMP Holding, Nasirudin Nasrun

No comments:

Post a Comment